Categories
SELANGOR

17 individu dan syarikat terima Anugerah LZS 2015

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 13 APRIL: Sebanyak 17 syarikat dan individu menerima anugerah sempena Majlis Anugerah dan Penghargaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) 2015.

Bertempat di Dewan Orkid, Wisma PKPS di sini, majlis disempurnakan Mufti Selangor, Dato’ Mohd Tamyes Abdul Wahid.

344A7686Bagi kategori Anugerah Prestasi Kutipan Terbaik 2015 dimenangi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT), As Salihin Trustee Berhad (Kategori Ejen Perunding) dan Affin Islamic Bank Berhad (Kategori Ejen Kemudahan Bayaran).

Untuk kategori Anugerah Prestasi Komitmen dan Pengurusan Terbaik 2015 pula diberikan kepada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) – kategori Penolong Amil IPT, Salmizah Mokhtar (Kategori Ejen Perunding) dan MYEG Services Sdn Bhd (Kategori Ejen Kemudahan Bayaran).

Pada masa sama, Muhamad Hairol Anuar Mohamad Rasid menerima Anugerah Penolong Amil Fitrah Terbaik 2015 dan Khairuddin Ahmad pula Anugerah Penolong Amil Padi Terbaik 2015.

Penghargaan turut diberikan kepada syarikat melakukan pemotongan gaji untuk pembayaran zakat kakitangan menerusi Anugerah Pengurusan Zakat Melalui Pemotongan Gaji Terbaik 2015.

344A7689Anugerah berkenaan dimenangi Perbendaharaan Negeri Selangor (Kategori Kerajaan), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)- Kategori Badan Berkanun dan National Aerospace and Defence Industries Berhad (Kategori Swasta).

Bagi Pencapaian Zakat Perniagaan Terbaik 2015 pula dianugerahkan kepada Progressive Impact Technology Sdn Bhd (Kategori Pengeluar Zakat Perniagaan) dan Kumpulan Emkay/MKLAND (Kategori Pengeluar Zakat Perniagaan).

Sementara itu, terdapat empat penerima Anugerah Khas dalam kalangan individu dan syarikat yang dinilai berdasarkan prestasi cemerlang dan membanggakan.

Anugerah Muhammad Al-Fateh (Transformasi) diberikan kepada Hamzah Ali Barkat, Anugerah Muaz Bin Jabal (Ejen Kutipan) pula dimenangi Mazlin Abdul Manaff, Anugerah Abdul Rahman Bin Auf (Perniagaan) kepada Worldwide Holdings Sdn Bhd dan Anugerah Umar Abdul Aziz (Potongan Gaji) pula Petroliam Nasional Berhad.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.