Categories
SELANGOR

731 pelajar SJKT dihargai, terima Anugerah Cemerlang UPSR

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 30 APR : Kerajaan Negeri meneruskan tradisinya sejak 2008 meraikan murid-murid cemerlang dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin, V Ganabathirau, berkata penghargaan itu diberikan kepada 731 pelajar SJKT seluruh negeri dengan keputusan cemerlang 7A, 6A dan 5A.

958b9d27-f5a9-4612-9aa5-14c53d411b42“Melalui peruntukan Tabung Anak Pekerja Ladang, kita menghargai kesungguhan pelajar mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun lalu.

“Kita memberikan sijil penghargaan dan wang saguhati sebagai motivasi kepada anak-anak murid lain untuk maju dalam pembelajaran mereka selepas ini,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan UPSR (SJKT) di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, SUK di sini, pagi tadi.

Hadir sama, Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru; Abdul Rani Osman, Penolong Pengarah UPEN (Seksyen Sektoral Unit Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin); Muhamad Syafiq Omar, Ahli Majlis dan PIBG.

Pelajar mendapat keputusan cemerlang 7A menerima wang saguhati berjumlah RM200 setiap seorang. Manakala bagi keputusan 6A, menerima wang tunai RM150 dan RM100 bagi keputusan 5A.

Dalam pada itu, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Simpang Lima diumumkan sebagai SJKT terbaik, membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000.

Sementara Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kajang di tempat kedua (RM6,000) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Vivekananda di tempat ketiga (RM4,000).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.