Categories
SELANGOR

97 SJKT terima manfaat peruntukan RM4 juta

OLEH :  ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 30 APR : Sebanyak 97 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negeri menerima manfaat jangka panjang hasil daripada peruntukan RM4 juta dikeluarkan Kerajaan Negeri.

Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin, V Ganabathirau, berkata daripada jumlah itu, pihaknya memberi tumpuan terhadap pembangunan dan kebajikan SJKT luar bandar.

3d835eac-8248-4e45-b0a2-ccf07fb3da7c“Sejak 2008 lagi, Kerajaan Negeri mengeluarkan peruntukan RM4 juta untuk pembangunan SJKT. Tetapi setakat ini kita tidak ada spesifik tertentu SJKT mana yang terima peruntukan lebih atau kurang.

“Apa yang kami lakukan, kita turun padang dan membuat penilaian berdasarkan laporan dibuat pejabat saya dan pejabat Exco Pendidikan terlebih dahulu.

“Selepas itu, baru pihak kami meneliti laporan tersebut untuk memberikan peruntukan kepada SJKT di seluruh negeri mengikut keperluan dan keutamaan,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau diminta mengulas inisiatif Kerajaan Negeri dalam memastikan pendidikan masyarakat kaum India di Selangor tidak tercicir menikmati manfaat di bawah pentadbiran Pakatan sejak 2008.

Pada masa sama katanya, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali komited memastikan kebajikan masyarakat India dibela.

Beliau merujuk pelaksanaan Tabung Anak Pekerja Ladang untuk memberi bantuan pendidikan kepada anak-anak pekerja ladang melalui peruntukan RM2 juta.

“Kerajaan Negeri memberikan sumbangan sehingga RM5,000 kepada anak-anak pekerja ladang cemerlang yang melanjutkan pelajaran di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

“Sumbangan ini tidak dilaksanakan di negeri-negeri lain dan hanya dibuat di Selangor. Inisiatif ini sekali gus membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri membantu masyarakat India,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.