Categories
SELANGOR

Pacu kemajuan sistem pendidikan, lahir pelajar cemerlang

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 30 APR : Usaha melahirkan pelajar berdaya saing mengikut keperluan dan perkembangan abad ke 21 perlu digalas setiap anggota masyarakat, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata ibu bapa memainkan peranan besar dalam membantu Kerajaan Negeri mencorak perkembangan pendidikan negeri tanpa perlu bergantung kepada pengurusan sekolah sahaja.

958b9d27-f5a9-4612-9aa5-14c53d411b42“Selama ini kita beranggapan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak mereka di sekolah berlaku secara semula jadi.

“Namun dengan perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan bersama supaya dapat menyumbang kepada kejayaan anak-anak.

“Justeru ibu bapa perlu menitikberatkan soal pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi di rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan sempena Majlis Penganugerahan Pelajar Cemerlang UPSR (2015) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, SUK di sini, pagi tadi.

Seramai 731 pelajar cemerlang dari 96 buah SJKT menerima sumbangan berupa wang tunai, sjil penghargaan dan cenderahati sumbangan Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin, V Ganabathirau.

Dalam perkembangan itu, Mohamed Azmin berkata Kerajaan Negeri yakin dapat melahirkan pelajar kompentan dan cemerlang di peringkat nasional menerusi pelbagai dasar dan bantuan pendidikan diwujudkan Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun katanya, tumpuan tersebut perlulah didukung menerusi usahama dan tanggungjawab daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan sewajarnya.

“Ibu bapa perlu menitikberatkan soal pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah.

“Sebagai ibu bapa, lakukanlah refleksi kendiri atau bermunasabah, apakah memadai dan sudah cukup setakat menyerahkan tanggungjawab kepada guru-guru dan pihak sekolah semata-mata?” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.