Categories
SELANGOR

Niaga tepi jalan tanpa kebenaran, MDKL sita peralatan

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 28 APR: Sebanyak 10 unit peralatan pameran dan jualan di bawah khemah disita dalam satu operasi Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) di Jalan Sultan Alam Shah di sini.

Pegawai Komunikasi Korporatnya, Nurfadhilah Jalaludin berkata MDKL memandang serius terhadap pemilik premis perniagaan melakukan kesalahan mendirikan bangunan sementara atau khemah untuk tujuan promosi jualan tanpa kebenaran.

Katanya, kesalahan dilakukan dibawah Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan, 1974 Sekyen 70.

MDKL SITA“Pihak tidak bertanggungjawab ini seolah mencabar MDKL apabila mengingkar arahan walaupun Notis Pemberitahuan serta arahan membuka khemah telah disampaikan.

“Sebelum ini, pemilik premis diberikan Notis Kesalahan yang boleh dikenakan kompaun dan perlu diselesaikan dalam tempoh tujuh hari,” katanya.

Katanya, MDKL berharap pemilik premis perniagaan menitik beratkan kepentingan awam kerana ia menimbulkan kacau ganggu yang menyebabkan kesesakan lalu lintas di persimpangan jalan utama yang sibuk.

Jika terdapat sebarang permasalahan, MDKL sentiasa memberi peluang kepada masyarakat dan pemilik perniagaan untuk berbincang dalam apa jua perkara atau masalah dihadapi.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.