Categories
NASIONAL

Gabungan Bantah GST serah memorandum kemuka 15 soalan

OLEH HAFIZAN TAIB

KELANA JAYA, 1 APRIL: Gabungan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hari ini menyerahkan memorandum kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur setahun selepas pelaksanaan cukai terbabit.

Memorandum itu diserahkan kepada Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Abd Gani Othman di hadapan kawasan bangunan pihak berkuasa berkenaan.

PC (9 of 17)-2Sebelum itu, kumpulan dikatakan mewakili 24 pertubuhan termasuk parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun dan bersorak membantah pelaksanaan GST bersama kain rentang dibawa.

Ahli Jawatankuasa Kerja Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvam, berkata memorandum mengandungi 15 persoalan itu diserahkan kepada Kastam ekoran pihak berkuasa terbabit berperanan sebagai badan pelaksana sistem cukai.

Bagaimanapun, katanya, jawapan diharapkan gagal diperoleh kerana Abd Gani menyatakan pihak berkuasa itu hanya menjalankan tanggungjawab atas arahan diterima dan keputusan berkenaannya dikatakan berhubung kait dengan politik.

PC (14 of 17)-2“Apa kita kemukakan dijanji akan dipanjangkan kepada pihak atasan termasuk menteri dan selepas jawapan diperoleh akan dipaparkan dalam laman sesawang Kastam,” katanya kepada media selepas penyerahan memorandum itu.

Gabungan terbabit mempersoalkan kutipan hasil GST ke mana dibelanjakan sebagaimana diumumkan Kastam, kerajaan mengutip lebih RM30 bilion dari April hingga Oktober tahun lalu di mana jumlah itu dikatakan lebih daripada jangkaan.

Antara 15 persoalan dikemukakan adalah jumlah sebenar kutipan GST dari April hingga Disember tahun lalu dan Januari hingga Mac tahun ini, perbelanjaan secara terperinci segala jumlah kutipan mengikut pecahan, bagaimana ia digunakan, mengapa GST digabungkan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan adakah kutipan GST digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.