Categories
NASIONAL SELANGOR

Himpunan Mansuh GST: Dataran Merdeka mula ditutup

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Sekitar Dataran Merdeka dan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula dipagar pihak berkuasa menjelang Himpunan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal berlangsung petang ini.

Tinjauan SelangorKini sekitar jam 10 pagi tadi mendapati beberapa anggota polis dan penguatkuasa DBKL menunggu di simpang masuk Dataran Merdeka.

IMG_0656Sementara aliran trafik pagi ini dilihat lancar.

Himpunan Bantah GST dijangka bermula sekitar jam 2 petang di hadapan kompleks membeli belah Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur bakal menjadi ‘checkpoint’ untuk penyokong dan pimpinam politik berkumpul.

GST yang mengenakan kadar enam peratus mula diperkenalkan Kerajaan Persekutuan pada 1 April 2015.

-AA-

Categories
NASIONAL

Gabungan Bantah GST serah memorandum kemuka 15 soalan

OLEH HAFIZAN TAIB

KELANA JAYA, 1 APRIL: Gabungan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hari ini menyerahkan memorandum kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur setahun selepas pelaksanaan cukai terbabit.

Memorandum itu diserahkan kepada Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Abd Gani Othman di hadapan kawasan bangunan pihak berkuasa berkenaan.

PC (9 of 17)-2Sebelum itu, kumpulan dikatakan mewakili 24 pertubuhan termasuk parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun dan bersorak membantah pelaksanaan GST bersama kain rentang dibawa.

Ahli Jawatankuasa Kerja Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvam, berkata memorandum mengandungi 15 persoalan itu diserahkan kepada Kastam ekoran pihak berkuasa terbabit berperanan sebagai badan pelaksana sistem cukai.

Bagaimanapun, katanya, jawapan diharapkan gagal diperoleh kerana Abd Gani menyatakan pihak berkuasa itu hanya menjalankan tanggungjawab atas arahan diterima dan keputusan berkenaannya dikatakan berhubung kait dengan politik.

PC (14 of 17)-2“Apa kita kemukakan dijanji akan dipanjangkan kepada pihak atasan termasuk menteri dan selepas jawapan diperoleh akan dipaparkan dalam laman sesawang Kastam,” katanya kepada media selepas penyerahan memorandum itu.

Gabungan terbabit mempersoalkan kutipan hasil GST ke mana dibelanjakan sebagaimana diumumkan Kastam, kerajaan mengutip lebih RM30 bilion dari April hingga Oktober tahun lalu di mana jumlah itu dikatakan lebih daripada jangkaan.

Antara 15 persoalan dikemukakan adalah jumlah sebenar kutipan GST dari April hingga Disember tahun lalu dan Januari hingga Mac tahun ini, perbelanjaan secara terperinci segala jumlah kutipan mengikut pecahan, bagaimana ia digunakan, mengapa GST digabungkan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan adakah kutipan GST digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

-AA-

Premium tanah semurah RM1 untuk kebajikan

Paparan menarik untuk hari ini :

1.Kerajaan negeri menyediakan insentif RM100,000 bagi setiap Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) yang cemerlang dengan hasil kutipan cukai dan premium melebihi 90 peratus.

2.Selangor hanya mengenakan bayaran premium tanah RM1 sahaja kepada syarikat atau badan yang menjalankan aktiviti perniagaan untuk kebajikan di atas tanah yang dimiliki.

3. Kegagalan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menurunkan air tidak berhasil (NRW) kepada 20 peratus seperti termaktub dalam perjanjian konsesi dianggap sebagai ‘dosa’ kepada rakyat Selangor.

4. Kerajaan negeri mengambil pendekatan untuk tidak mengeluarkan lesen pendudukan sementara (TOL) sehingga kegunaan tanah itu dimanfaat sepenuhnya bakal pemilik.

5. Kerajaan negeri menjelaskan RM3.2 bilion daripada RM3.5 bilion peruntukan digunakan bagi perbelanjaan pembangunan, sejak 2008 hingga 2012.

6. Kerajaan negeri tidak akan meluluskan penempatan di kawasan rizab sungai bagi mengelakkan masalah banjir yang mampu memberi impak sosial kepada penduduk.

7. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meminta Kementerian Pertahanan menjelaskan status kem tentera di Tebrau dan Plentong, Johor.

8. Kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjaya membina 1,422 unit rumah bagi pembangunan semula perumahan Bukit Botak selepas projek itu gagal diselesaikan pemaju terdahulu.

9. Tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan menjadi penawar menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus ke lembah kemuflisan.