Categories
NASIONAL

Gempa Bumi Jepun: Angka korban 29, lebih 1,500 cedera

MASHIKI 16 APR: Angka korban dua gempa bumi kuat di barat daya Jepun mencecah 29 orang dengan ramai lagi dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan rumah manakala 1,500 lagi cedera, 80 daripadanya serius.

Jurucakap kerajaan Jepun, Yoshihide Suga tidak mengesahkan jumlah kematian yang disebut media mencecah 29 orang, sambil menegaskan ia sukar ditentukan kerana usaha menyelamat masih diteruskan.

CgIuWdjUYAAlhb6Katanya, tentera akan mengerahkan 20,000 anggota untuk usaha menyelamat selain polis dan bomba yang turut diarah ke kawasan itu, lapor Agensi Berita AP.

Terdahulu, Pegawai daerah Kumamoto, Tomoyuki Tanaka, berkata angka kematian terus meningkat setiap jam, dengan jumlah terkini mencecah 19 susulan gempa bumi 7.3 magnitud awal pagi tadi yang menggegarkan wilayah Kumamoto di barat daya pulau Kyushu pada jam 1.25 pagi.

Pada malam Khamis, Kyushu dilanda gempa bumi magnitud 6.5 yang menyebabkan 10 maut dan lebih 800 cedera. Tanaka berkata laporan mengenai kecederaan berubah dengan pantas dan beliau masih belum mendapat jumlah terkini.

gempaSementara itu media melaporkan letupan Gunung Aso, gunung berapi aktif terbesar di Jepun, di pulau Kyushu di mana dua gempa bumi besar membunuh 29 orang, meranapkan kediaman dan menyebabkan tanah runtuh. Ia adalah letusan pertama Aso bulan ini Asap dilihat setinggi 100 meter di udara, namun tiada kerosakan dilaporkan.

Tidak dapat dipastikan juga jika letusan itu ada kaitan dengan dengan aktiviti seismik dan gegaran.

Aso setinggi 1,592 meter mempunyai lima puncak. Ia terletak kira-kira satu setengah jam perjalanan dari daerah Kumamoto, pusat gegaran gempa bumi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.