Categories
NASIONAL

Hadir demo GST, Zuraida dipanggil polis

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 10 APR : Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Selasa ini bagi memberi keterangan berhubung penganjuran perhimpunan anti GST, 2 April lalu.

Ahli Parlimen Ampang itu disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 susulan penganjuran perhimpunan bantah pelaksanaan cukai rakus itu genap setahun.

Zuraidah Kamaruddin pink 01Perkara itu dinyatakan Peguam KEADILAN, Latheefa Koya menerusi catatan Twitternya tengah hari ini.

“Ahli Parlimen Ampang, Yb Zuraidah akan disiasat di bawah PAA pada Selasa ini, 12 April jam 10 pagi di IPD Ampang kerana pengajuran demo bantah GST,” tulisnya.

Ini merupakan pendakwaan kedua dikenakan sejurus penganjuran demostrasi bantah GST diadakan awal April lalu.

Kes pertama melibatkan aktivis Muhammad Zhafran Muhammad Zuhdi untuk siasatan mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan menampal karikatur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada kereta peronda polis di perhimpunan anti- GST.

Sebelum ini, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata pelaksanaan PAA dan Akta Hasutan menyekat kebebasan rakyat apabila hak demokrasi kebebasan awam untuk bersuara dinafikan.

Beliau berkata pentadbir dan pihak berkuasa perlu memahami keperluan rakyat dalam menyatakan pendirian mereka terhadap sesuatu dasar digubal kerajaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.