Categories
NASIONAL

Hannah pula disekat masuk Sarawak

OLEH : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 22 APR : Sekatan masuk ke Sarawak terhadap pemimpin Pakatan masih berterusan dengan penahanan terbaru ke atas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh, pagi tadi.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya itu terpaksa berangkat pulang ke Kuala Lumpur tanpa penjelasan jelas mengenai larangan itu.

HANNAH SIBUMenerusi laman Twitternya, Hannah berkata dirinya dihalang masuk ke bumi kenyalang sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Sibu.

“Saya di sini untuk menghadiri acara anjuran gereja.

“(saya) terpaksa membayar RM1,013 untuk terbang semula ke KLIA. Tiada siapa di sini boleh memberi penjelasan,” katanya.

Selain Hannah, ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon bersama Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin juga dihalang memasuki Sarawak hari ini sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, sekitar jam 11.30 pagi.

956fbc2e-f36e-41b9-9865-83c6f773ff86 (1)Dalam perkongsian gambar yang dihantar menerusi WhasApp, beliau berkata mereka berdua sedang menunggu penerbangan seterusnya untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Beliau sempat bertanya kepada pegawai Imigresen berhubung sekatan itu sedangkan sudah mengunjungi Sarawak sebanyak 11 kali, sejak 2015.

“Saya bertanya kepada pegawai dan dia hanya membalas ini arahan daripada Kerajaan Negeri,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.