Categories
SELANGOR

Hujah Zakir Naik bersandarkan kupasan ilmiah

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 13 APRIL: Tanggapan mengaitkan ceramah pendakwah Islam antarabangsa, Dr Zakir Naik dengan kekacauan agama adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan begitu mendukacitakan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata penghujahan Zakir sentiasa bersandarkan kepada kupasan berilmiah tanpa sebarang penghinaan terhadap agama selain Islam.

Katanya, bukti penghujahannya boleh didapati dengan mudah melalui media atas talian seperti Youtube.

yunuskhairi-web4“Sebagai sebuah negara Islam, saya tidak dapat menerima tanggapan ceramah Zakir Naik boleh menimbulkan kekacauan agama dalam kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai tata susila sangat beradab.

“Saya beranggapan bahawa pihak yang menghalang ceramah pendakwah Islam tersohor ini adalah kelompok mempelopori ekstremis agama dan bukan dari golongan intelektual agama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan syarahan Zakir di Melaka dan Kuala Lumpur (KL) dibatalkan atas alasan melindungi sensitiviti agama.

Khalid kemudian membenarkan syarahan ‘Is the Quran God’s Word’ di KL dengan bersyarat tetapi meneruskan keputusan mengharamkan syarahan di Melaka yang bertajuk ‘Persamaan antara Islam dan Hindu’.

Sehubungan itu, Ahmad Yunus mendesak supaya tekanan terhadap program membabitkan institusi Islam dihentikan.

“Saya juga menyarankan kepada pembantah dan ekstremis agama untuk melayari kupasan ilmiah Zakir di media ‘online’ ataupun hadir sendiri ke program supaya dapat berdebat secara langsung,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.