Categories
SELANGOR

Jom Konvoi MPSJ dekati masyarakat luar bandar

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 15 APR : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menganjurkan program Jom Konvoi MPSJ ke Sabak Bernam bagi mendekati kehidupan masyarakat luar bandar pada 27 hingga 29 Mei depan.

Pegawai Komunikasi Korporatnya, Muhammad Azli Miswan, berkata program tahunan itu juga memberi tumpuan mengukuhkan jaringan perhubungan di antara belia, pihak berkuasa, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

KONVOI MPSJ“Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk mempersiapkan belia supaya mempunyai jati diri kukuh serta kerohanian mantap sebagai salah satu ‘stakeholder’ di perbandaran Subang Jaya.

“Malah ia juga dilaksanakan bagi mendedahkan dan menerapkan sikap ‘sukarelawan’ kepada golongan remaja dan belia,” katanya kepada SelangorKini.

Program berkenaan dibuka kepada 80 orang peserta terawal dengan penyertaan peserta dari umur 18 hingg 35 tahun sahaja dan memiliki lesen dan motorsikal persendirian dengan cukai jalan sah.

Muhammad Azli berkata, program ini juga menerapkan beberapa modul pelaksanaaan melibatkan modul aktiviti lawatan dan program kemasyarakatan seperti sukan rakyat.

“Semoga dengan penganjuran program ini dapat melahirkan belia dinamik, berdaya saing, berwawasan serta bebas jenayah di samping menjadi pengguna jalan raya berhemah,” katanya.

Bayaran sebanyak RM63.00 dikenakan yang mana jumlah tersebut merangkumi kos-kos penginapan, makan dan minuman, minyak motorsikal dan perlindungan insuran.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi 03-80264462/7498/4037.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.