Categories
SELANGOR

Kes denggi di Petaling menurun

OLEH SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA, 27 APRIL: Kempen COMBI SEDAR (Pasukan Mencari dan Memusnah Aedes) serta aktiviti gotong royong dilaksanakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membuahkan hasil apabila kes berjaya dikurangkan dan mendapat pujian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Datuk Bandar MBPJ, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata trend penurunan kes dilaporkan pada minggu ke-16 adalah 81 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 1,824.

Mohd azizi mbpj“Bilangan kes dilaporkan menurun sebanyak 27 peratus daripada jumlah kes pada minggu sebelumnya iaitu 112 kes. Jumlah lokaliti Wabak adalah 48, manakala lokaliti wabak aktif 18.

“Jumlah lokaliti wabak tidak terkawal adalah lapan lokaliti dan tiada kes kematian baru dilaporkan,” katanya sewaktu Mesyuarat MBPJ Bil 04/2016 di Dewan Bunga Tanjung Tingkat 1, di sini, hari ini.

Walaubagaimanapun, Mohd Azizi berkata, orang ramai diingatkan supaya terus peka dan berwaspada bagi memastikan persekitaran kediaman atau kawasan berhampiran bersih dan bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes.

“Ahli Majlis setiap zon juga perlu bertanggungjawab meningkatkan lagi usaha mendidik dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat untuk berjaga-jaga kerana KKM menjangkakan peningkatan kes denggi akan berlaku pada Mei hingga Julai ini.

“Ia ekoran faktor cuaca dan trend kes denggi menunjukkan corak sama sejak tempoh dua tahun kebelakangan ini,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.