Categories
SELANGOR

KUIS sasar 12,000 permohonan pelajar sesi pertama 2016

Oleh: AFIX REDZUAN

BANGI, 21 APR: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mensasarkan 12,000 permohonan pelajar baru bagi sesi pertama 2016.

Timbalan Rektor Pengurusan Korporat KUIS, Dr Zulkifli Abd Hamid, berkata KUIS tidak menetapkan sebarang kuota pengambilan pelajar cuma mereka perlu layak mengikut kriteria ditetapkan.

KUIS CONVO“Alhamdulillah sejak keputusan SPM keluar, kita menerima 10,000 permohonan sehingga April lalu.

“Kita jangkakan sehingga penghujung Mei ini, akan menerima 4,000 hingga 5,000 permohonan.

“Saya percaya permohonan untuk sesi pertama tahun ini sahaja kita ada antara 12,000 hingga 14,000 permohonan,” katanya

Setakat ini, sebanyak 9,000 surat tawaran sudah dikeluarkan untuk semua pelajar daripada pelbagai bidang.

Antara permohonan terbesar adalah diperingkat Asasi dengan 3,000 permohonan diikuti Fakulti Pengajian Islam (2,600) serta Fakulti Pengurusan dan Mua’malah (2,300).

Pendaftaran sesi pertama 2016 bermula 1 Jun ini sementara sesi kedua pada November.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.