Categories
NASIONAL

MAB: Masa depan semakin sukar

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 21 APR: Penamatan perkhidmatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Christoph Mueller pasti menyukarkan proses penstrukturan semula Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob berkata, kedudukan kewangan, imej dan reputasi syarikat penerbangan itu bakal menerima kesan langsung.

mullerKatanya, penamatan kontrak awal Mueller juga menambah beban MAB memulihkan namanya yang pernah gah sebelum ini.

“Mueller adalah figura yang terkenal dan berkaliber dalam segala usahanya menyelamatkan syarikat besar dunia seperti Brussel Airlines, Aer Lingus dan DHL Worldwide.

“Nampaknya, impian melihat MAB pulih kembali terencat dengan kehilangan Mueller. MAB mempunyai masa hadapan yang tidak menentu,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada 19 April lalu, MAB dalam satu kenyataan memaklumkan Mueller bakal mengakhiri perkhidmatannya pada September ini walaupun mengikat kontrak untuk tempoh tiga tahun.

Dr Rosli YaakopMula menerajui MAB pada Mei tahun lalu, Mueller dikatakan mengambil keputusan itu kerana ‘perubahan keadaan peribadinya’.

TIME melaporkan dalam tempoh kurang setahun, Mueller dilihat berjaya melakukan penjenamaan semula MAB sebagai syarikat penerbangan serantau yang lebih kecil untuk bersaing dengan syarikat penerbangan tambang murah seperti Air Asia.

Pada awal tahun ini, MAB turut menamatkan perkhidmatannya antara Kuala Lumpur dan Amsterdam serta merancang untuk menjual pesawat yang lebih besar seperti pesawat dua tingkat, Airbus A380.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.