Categories
SELANGOR

Liga Super: Selangor kalahkan P Pinang 1 – 0

Oleh: HAFIZAN TAIB

SELAYANG, 20 APR: Selangor mengutip tiga mata penuh apabila mengalahkan Pulau Pinang 1 – 0 dalam aksi Liga Siper di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, di sini, malam tadi.

Gol tunggal skuad Merah Kuning dijaringkan penyerang import, Mauro Olivi, hasil sepakan percuma pada minit ke-17 melepasi penjaga gol lawan, Sani Anuar Kamsani.

IMG_20160420_215232Biarpun mencatat kemenangan tipis, namun sudah cukup untuk The Red Giants menebus kehampaan tewas kepada Felda United 3 -1 dalam perlawanan sebelumnya.

Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan yang dari awal permainan melancarkan serangan turut tercabar dengan asakan Pulau Pinang melalui gerakan dan serangan balas ke kubu lawan.

Namun, The Red Giants yang menurunkan Mohd Khairulazhan di pintu gol berjaya mengekang asakan lawan hingga tamat perlawanan.

Pulau Pinang yang berusaha mencari gol penyamaan terus hampa dengan kegagalan barisan serangannya menemui sentuhan jaringan.

IMG_20160420_215404Hanya percubaan Osas Ikpefua (m81) sedikit menggugat tetapi sipi dan begitu juga Selangor yang hampa apabila Adam Nor Azlin gagal menyepak tepat ke gawang gol lawan seminit sebelum itu.

Dengan kemenangan itu, Selangor naik ke tangga ketiga dengan 14 mata namun ketinggalan tujuh mata di belakang Felda United (21).

Felda United meneruskan rentak kemenangan dengan menundukkan PDRM 3 – 0 di Stadium Tun Abdul Razak, Bandar Jengka, manakala JDT kekal di tangga kedua dengan 20 mata apabila membelasah Sarawak 5 – 2 di laman sendiri.

KEPUTUSAN LAIN:

Pahang 4 -3 Kelantan
T-Team 4-1 Kedah

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.