Categories
NASIONAL

Pandikar ambil maklum penahanan Rafizi

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 APRIL: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia optimis mengambil perhatian berkenaan tangkapan dibuat pihak polis terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di Parlimen, 5 April lalu.

Perkara itu dinyatakan Ketua Whip KEADILAN, Datuk Johari Abdul semasa mengadakan pertemuan bersama Pandikar di Bangunan Parlimen, semalam.

pc parlimen 3-web“Speaker ambil maklum kejadian itu dan akan mengadakan ruling di bawah bidang kuasa Pandikar sebagai Speaker Dewan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, selepas hadir menyerahkan memorandum bantahan penahanan Rafizi kepada DSP Sumber Infomasi dan Analisis KPN, Rizal Abd Rahman Sidek, pagi ini.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung KEADILAN ditahan polis sebaik keluar dari kawasan Parlimen bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

Penahanan beliau ekoran pendedahan dokumen Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.