Categories
NASIONAL

Petugas media mesti diberi kebebasan menjalankan tugas

KUCHING 25 APR: Pengamal media mesti diberi kebebasan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pelapor berita dengan lancar.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, berkata gesaan itu dibuat ekoran insiden seorang wartawan Malaysiakini, Kaw Gah Chie, dipanggil balik ke Kuala Lumpur pada Ahad atas isu keselamatan.

PRN SARAWAKIa berlaku setelah gambar beliau disebar melalui laman media sosial berikutan laporan berita memetik ucapan calon Barisan Nasional bagi DUN Nangka, Dr Annuar Rapaee.

“Kaw Gah Chie merupakan seorang wartawan mempunyai pengalaman hampir 20 tahun.

“Beliau mempunyai kad media dikeluarkan Kementerian Penerangan dan disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya wartawan membuat liputan di pusat penamaan calon dan lain-lain tempat berkaitan pilihan raya Sarawak.

“Saya percaya beliau wartawan bertanggungjawab, walaupun saya mungkin tidak bersetuju laporan wartawan, tetapi prinsip saya berpendirian wartawan berhak menulis laporan tersebut berasaskan apa dilihat dan alami sendiri.

“Kebebasan itu perlu apatah lagi sewaktu pilihanraya apabila rakyat memerlukan maklumat untuk membuat keputusan tepat pada hari mengundi,” kata Fahmi.

Katanya, sekiranya ada mana-mana pihak tidak bersetuju mana-mana laporan media, mereka seharus berinteraksi dengan cara lebih demokratik dan bertamadun berbanding tindakan ugutan melalui media sosial seperti dialami Kaw.

“Diharap tidak ada lagi insiden apabila wartawan diugut sepanjang PRN Sarawak ini.

“Biarlah wartawan melapor dengan bebas, agar rakyat dapat membaca dan menilai laporan media ini dan membuat pertimbangan terbaik demi Sarawak,” katanya dipetik KeadilanDaily.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.