Categories
SELANGOR

Premium tanah rendah tidak jejas kutipan hasil negeri

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 APRIL: Kerajaan Selangor berjaya meningkatkan kutipan hasil premium meskipun hanya mengenakan bayaran serendah RM1,000 untuk mendapatkan hak milik tanah.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata keadaan itu bukanlah sesuatu yang menghairankan ekoran kecekapan Kerajaan Negeri mengurus kutipan hasil demi kepentingan rakyat.

Katanya, ia berbeza sama sekali ketika Selangor berada di bawah pentadbiran Umno Barisan Nasional (BN).

mb-jumaat 2“Faktor peningkatan ini didorong kecekapan Kerajaan Negeri dalam menyusun kaedah dan mekanisme premium berbanding BN yang kurang cekap, banyak bocor dan tiris.

“Sebagai contoh, kita wujudkan sistem Premium Tracking bagi memantau tempoh pembayaran premium dan mensyaratkan semua pemohon menyelesaikan bayaran terlebih dahulu sebelum pelan pembangunan dan kebenaran merancang diluluskan PBT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan menjunjung titah ucapan perasmian DYMM Sultan Selangor di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini hari ini.

Mohamed Azmin berkata, sikap tidak bertanggungjawab kerajaan terdahulu menyebabkan Kerajaan Pakatan hari ini terpaksa memikul beban menyelesaikan masalah berkenaan.

Penyerahan Borang hak Milik Tanah Felda Sungai Tengi Selatan MB (ASRI) (5)Katanya, sikap mementingkan kroni turut menjadikan pembeli projek perumahan sebagai mangsa apabila rumah dijanjikan gagal diserahkan sehingga mencecah berpuluh tahun.

“Kerajaan Negeri tidak mahu mengulangi kecuaian kerajaan sebelum ini meluluskan kebenaran merancang sebelum membayar premium seperti projek pembangunan di Lestari Perdana Puchong oleh Talam Corporation,” katanya.

Selain kecekapan mengurus kutipan premium, kemampuan Kerajaan Negeri menarik pelabur dalam dan luar negeri turut menjadi faktor peningkatan kutipan premium.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.