Categories
SELANGOR

Program pembangunan kerjaya semai keyakinan penjawat awam

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 APR : Usaha melahirkan penjawat awam lebih mampan dan berdaya saing diteruskan melalui inisiatif program pembangunan dan latihan kerjaya.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pelaksanaannya diharap mampu melonjakkan lagi integriti penjawat awam bersama Kerajaan Negeri mengurus pentadbiran dengan lebih baik.

DNS 2016“Kerajaan Negeri sentiasa memberikan latihan pembangunan kerjaya bertujuan melahirkan penjawat awam lebih yakin dan mempunyai nilai tambah dalam diri mereka.

“Kita harapkan penjawat awam lebih yakin menyandang jawatan lebih tinggi demi kemajuan kerjaya di masa akan datang,” katanya menjawab ADN Kota Anggerik Yaakob Sapari berhubung statistik penjawat awam di Selangor.

Dalam pada itu Mohamed Azmin berkata, seramai 6,168 penjawat awam meliputi jawatan tetap dan kontrak juga tidak terkecuali menjalani latihan pembangunan kerjaya dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Tambahnya, pelaksanaan itu diharap mampu meningkatkan motivasi pekerja ke arah pembentukan penjawat awam lebih kompetensi di peringkat tertinggi.

Antara program dilaksanakan sebelum ini termasuk Program Pembangunan Sumber Manusia, Program Pembasmian Rasuah dan Penyelewengan, Program Peningkatan Kemahiran Penjawat Awam dan lain-lain lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.