Categories
SELANGOR

PTRS lahir pelajar cemerlang

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 17 APR: Seramai 10 pelajar yang mengikuti Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) menerima Anugerah Pelajar Cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lepas.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata program itu membuahkan hasil apabila prestasi pelajar mendapat keputusan cemerlang kian meningkat sejak dilancarkan 2009.

PTRS“Dari segi pencapaian secara umumnya memang ada peningkatan dan ada di antara pelajar mampu mencatat keputusan cemerlang.

“Kerajaan Negeri berbangga atas usaha ini, kita mampu membantu dan melahirkan pelajar cemerlang dari golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Bekas pelajar Sekoloh Agama Menengah Tinggi Tunku Ampuan Jemaah, Najatul Atirah Muzafar, 18, berkata beliau berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM tahun lalu dengan 8A.

“Berbangga menjadi anak Selangor kerana dapat mengikuti program anjurannya dengan percuma sebab di pusat tuisyen lain satu mata pelajaran sahaja sudah mahal.

“Dengan keputusan itu, saya akan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, seterusnya mengubah nasib keluarga saya,” katanya ditemui selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan Pelancaran PTRS 2016 di Dewan Raja Muda, Shah Alam, di sini hari.

Sementara itu, Tue Yee SZE, 18 berkata, beliau amat bersyukur dengan pelaksanaan program itu beliau dapat mengikuit kelas tambahan secara percuma.

“Walaupun saya masih mengikuti pembelajaran di pusat tuisyen lain, tetapi ibu bapa saya boleh jimat kerana di PTRS saya mengambil lima matapelajaran teras utama.

“Dengan bimbingan dan latihan daripada tenaga pengajar, saya gembira PTRS memang memberi kesan positif apabila saya berjaya memperoleh keputusan yang boleh membanggakan kedua ibu bapa saya,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.