Categories
SELANGOR

RM3.4 juta jayakan Program Tuisyen percuma

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 17 APR: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3.4 juta setahun dalam melaksanakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) untuk pelajar di negeri itu bagi yang layak.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata program itu kian mendapat sambutan menggalakkan di seluruh 56 DUN.

PTRS“Kita menerima pelbagai permintaan untuk kapasiti 100 pelajar di setiap DUN di tambah.

“Ada juga yang meminta untuk laksanakan di peringkat Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) bagi pelajar tahun enam,” katanya kepada Selangor Kini selepas pelancaran Program Perdana PTRS 2016 di Dewan Raja Muda, di sini hari ini.

Katanya, buat masa ini fokus utama adalah bagi calon pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana itu yang menentukan masa depan mereka.

“Walaubagaimanapun segala permintaan akan disemak dan nilai semula demi penambahbaikan program ini.

“Kerana masih ramai golongan yang berpendapatan rendah memerlukan bantuan daripada Kerajaan Negeri melalui program sebegini,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.