Categories
NASIONAL

Rafizi dihalang masuk Sabah, guna teknologi sampai ceramah

SHAH ALAM 24 APR : Selepas dihalang memasuki Sarawak sejak awal 2014, Setiausaha Agung dan Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli turut dihalang memasuki Sabah.

“Baru sampai dari Kota Kinabalu. Sampai di lapangan terbang, pegawai imigresen sudah menunggu. Saya memang diharamkan masuk ke Sarawak sejak awal 2014, tetapi agak terkejut bila Sabah pun menghalang saya.

“Perintah menolak masuk ini kekal sampai bila-bila selagi ia tidak dibatalkan. In Sha Allah saya akan terus usaha untuk bersama sahabat di Sabah.

ChitChat“Saya akan sediakan video ceramah seolah-olah saya memang ada di Beaufort untuk berceramah,” tulis Rafizi dilaman Facebooknya.

Rafizi menulis akan menggunakan FaceTime untuk berdialog dengan anak muda di Penampang.

“Mereka sekat satu jalan, kita tebas semak dan hutan untuk buka seratus jalan baru,” tulis Rafizi.

Beliau dalam masa yang sama turut mempersoalkan mengapa kini Sabah turut menghalangnya memasuki negeri berkenaan.

“Saya akan buat video ceramah khas kepada sahabat-sahabat di Beaufort untuk ceramah malam esok. Ceramah tetap diteruskan. Saya akan photoshop nampak kurus,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.