Categories
SELANGOR

Bas percuma bantu warga berpendapatan rendah dan sederhana

OLEH : HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 24 APR: Perkhidmatan bas percuma Smart Selangor disediakan Kerajaan Negeri menekankan keperluan rakyat memerlukan dalam situasi menempuh kehidupan dengan kos sara hidup tinggi.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sememangnya perkhidmatan disediakan itu memberi tumpuan kepada rakyat tempatan khususnya penduduk di Selangor namun keperluan warga asing untuk menggunakannya tidak boleh dihalang.

Perasmian Bas Smart Selangor di Kajang oleh MB Azmin (ASRI) (7)“Prinsip asas Kerajaan Negeri memberikan perkhidmatan bas ini kepada mereka berpendapatan rendah dan sederhana untuk menampung kos sara hidup.

“Memang kita menerima aduan mengenai warga asing untuk menaiki bas ini tetapi kita juga terima hakikat mereka turut menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara dan negeri,” katanya kepada media selepas menyertai acara Ampang Jaya Night Run 2016 di sini, malam tadi.

Beliau berkata, dalam masa Kerajaan Negeri menyediakan perkhidmatan itu kepada rakyat tempatan namun ia juga dikongsi pihak lain dan tindakan menyekatnya dilihat sukar.

Bagaimanapun, katanya, apa yang penting perkhidmatan tersedia harus cekap, efisien dan memberi manfaat kepada pengguna.

Berhubung mekanisme bakal diambil Kerajaan Negeri bagi menghalang warga asing menggunakan perkhidmatan bas berkenaan, Mohamed Azmin berkata, ia juga sukar dipraktikkan kerana ada di antara kalangan mereka yang kini turut dikesan memiliki MyKad seperti mana rakyat tempatan.

“Warga asing pun sekarang ada MyKad, bagaimana kalau warga asing pun ada MyKad? soalnya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.