Categories
NASIONAL

Ringgit diniaga 3.9000/9080 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 26 APR: Ringgit melantun untuk dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini susulan minat belian yang diperbaharui selepas kejatuhan baru-baru ini, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, ringgit diniagakan pada 3.9000/9080 berbanding dolar daripada 3.9045/9105 pada Isnin.

ringgitmalaysiaRinggit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain. Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 2.8823/8903 daripada 2.8847/8902, manakala mengukuh berbanding yen kepada 3.5075/5157 daripada 3.5119/5182.

Ia lebih kukuh berbanding euro pada 4.3934/4028 daripada 4.3941/4017, tetapi lebih lemah berbanding pound British kepada 5.6515/6650 daripada 5.6330/6425. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.