Categories
SELANGOR

RM5.6 juta ganti 2,800 lampu LED

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 APR: Sejumlah RM5.6 juta diperuntukkan bagi penggantian 2,800 lampu LED (Light Emitted Diode) di jalan negeri diselenggara di bawah geran Kumpulan Wang Penyelenggaraan Jalan Negeri (MARRIS).

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah, berkata peruntukan itu disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan dan dilaksanakan secara berperingkat.

DNS 2016“PBT sudah kemukakan senarai lokasi pemasangan lampu LED kepada Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS) namun diminta menyemak semula berdasarkan kriteria diputuskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Lokasi berkenaan mesti dikenal pasti sebagai hotspot jenayah serta nisbah pembahagian hendaklah 70 peratus di kawasan perumahan dan 30 peratus di jalan utama,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Pelek, Lai Nyuk Lan berhubung status projek pemasangan itu.

Ean Yong berkata, MMKN pada 22 September 2015 menimbang dan meluluskan cadangan penggunaan lampu LED bagi jalan diselenggara MARRIS.

“Tujuannya bagi mencapai sasaran Bandar Selamat dengan keutamaan kepada kawasan hotspot jenayah sepertimana disahkan polis,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.