Categories
SELANGOR

Penanaman semula, jaminan bekalan kelapa ‘matag’ mencukupi

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 APR : Penanaman semula kelapa secara berperingkat kini sedang dipergiatkan Jabatan Pertanian Selangor bagi memastikan bekalan kelapa mencukupi.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata sekitar 20,000 pokok setahun diperlukan kelapa jenis ‘matag’ untuk memenuhi produktiviti keperluannya di pasaran.

DNS 2016Namun daripada jumlah itu, Jabatan Pertanian hanya mampu membekal 5,000 benih bagi dan memerlukan lebih banyak bekalan berikutan permintaan pasaran yang semakin meningkat.

“Kita boleh melaksanakan projek penanaman semula kelapa dengan jenis ‘matag’ sekitar 13 hektar setahun.

“Setakat ini, Jabatan Pertanian hanya boleh membekal sebanyak 5,000 benih sahaja dan penanaman semula kelapa terus dilaksanakan secara berperingkat,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati, Jakiran Jacomah berhubung kesukaran pembekal mendapatkan bekalan benih kelapa dalam menenuhi permintaan tinggi pasaran ketika ini.

Dalam pada itu Zaidy berkata, golongan petani juga digalakkan terlibat secara langsung dengan menanam pelbagai jenis kelapa lain seperti kelapa pandan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga mejalinkan kerjasama bersama Kerajaan Persekutuan dan syarikat swasta khususnya United Plantation Berhad untuk meningkatkan hasil pengeluaran kelapa negeri.

Inisiatif itu berpandukan Jabatan Pertanian Malaysia yang menyarankan penggunaan teknologi tanaman kelapa ‘matag’ diperluas ke arah produktiviti kelapa di seluruh Selangor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.