Categories
NASIONAL

Skandal kewangan: Najib Razak mesti bercuti pastikan siasatan bebas

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 19 APR : Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mesti mengambil langkah sama mengikut tindakan Pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Razak apabila bercuti bagi membenarkan siasatan berhubung skandal kewangan AS$7 juta.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata Najib sewajarnya bertangunggjawab terhadap sebarang salahlaku penyelewengan itu supaya siasatan bebas boleh dilakukan.

“Apa yang dilakukan Nazir itu secara tidak langsung mengakui ada sesuatu yang tidak betul telah dilakukan oleh Perdana Menteri.

najibwsj“Mengambil keputusan untuk bercuti juga bermaksud Nazir menerima tangunggjawab atas kesilapan ini.

“Apa yang lebih penting, jika Nazir dianggap bersalah, sudah tentu Najib juga tidak boleh terlepas daripada menerima hukuman,” katanya kepada SelangorKini.

Nazir sebelum ini dilaporkan bercuti berhubung sejumlah wang diagihkan Nazir bagi pihak abangnya, Najib Razak.

Pada masa sama, media antarabangsa, The Wall Street Journal mendedahkan wang itu diperoleh daripada Najib Razak untuk kegunaan pilihan raya.

Bagaimanapun Nazir menegaskan wang itu sumbangan syarikat korporat, dan tidak pasti status sebenar perolehan sumber kewangan itu.

Menyelar kenyataan itu, Tian yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata Nazir sewajarnya memahami konteks perundangan Akta Penggubahan Wang Haram (AMLA) dengan mengambil kira kedudukannya.

“Kalau ikut undang-undang AMLA, Nazir sebagai CEO Bank sepatutnya sedar tindakan itu bertentangan dengan undang-undang, tetapi apacberlaku sebaliknya.

“Lebih memalukan, Najib pula tidak membuat sesuatu yang boleh dianggap bermaruah seperti mengambil cuti semasa siasatan, tetapi tetap pegang kuasa untuk tutup saluran siasatan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.