Categories
NASIONAL

Cuti tambahan 4 hari jika PAKATAN bentuk Kerajaan Persekutuan

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 24 APR: Pakatan Harapan (PAKATAN) bersedia untuk memberikan cuti tambahan kepada rakyat Malaysia pada Khamis dan Jumaat (10 dan 11 Mei) jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi Pakatan Harapan (PAKATAN), Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, rakyat bakal menikmati lima hari cuti umum iaitu Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad  ditambah dengan cuti umum yang jatuh pada hari pengundian, pada 9 Mei ini.

“PAKATAN apabila mendirikan kerajaan akan memberikan cuti, pada Khamis dan Jumaat.

“Saya seorang yang tidak suka cuti tetapi sedar orang lain suka cuti. Negara kita ini terlalu banyak cuti, tetapi ini kalilah,” katanya pada Majlis Taklimat Calon-Calon Pakatan Harapan PRU-14, di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini.

Katanya, rakyat perlu keluar mengundi walaupun diadakan pada hari Rabu dan baginya tidak menjadi ‘kesalahan’ ponteng kerja serta keluar menjalankan tanggungjawab sebagi rakyat Malaysia.

“Kita minta semua pengundi ponteng kerja kerana apa akan dilakukan ini (mengundi) memberikan kesan kepada seluruh negara.

“Mengundi adalah satu tanggungjawab besar kepada rakyat kerana kalau ponteng kerja, maka saya ingat itu halal bagi kita,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau turut menegaskan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan kekal menggunakan satu logo iaitu logo KEADILAN dalam PRU14 walaupun sebelum ini berhadapan masalah dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

 

 

Categories
NASIONAL

Skandal kewangan: Najib Razak mesti bercuti pastikan siasatan bebas

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 19 APR : Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mesti mengambil langkah sama mengikut tindakan Pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Razak apabila bercuti bagi membenarkan siasatan berhubung skandal kewangan AS$7 juta.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata Najib sewajarnya bertangunggjawab terhadap sebarang salahlaku penyelewengan itu supaya siasatan bebas boleh dilakukan.

“Apa yang dilakukan Nazir itu secara tidak langsung mengakui ada sesuatu yang tidak betul telah dilakukan oleh Perdana Menteri.

najibwsj“Mengambil keputusan untuk bercuti juga bermaksud Nazir menerima tangunggjawab atas kesilapan ini.

“Apa yang lebih penting, jika Nazir dianggap bersalah, sudah tentu Najib juga tidak boleh terlepas daripada menerima hukuman,” katanya kepada SelangorKini.

Nazir sebelum ini dilaporkan bercuti berhubung sejumlah wang diagihkan Nazir bagi pihak abangnya, Najib Razak.

Pada masa sama, media antarabangsa, The Wall Street Journal mendedahkan wang itu diperoleh daripada Najib Razak untuk kegunaan pilihan raya.

Bagaimanapun Nazir menegaskan wang itu sumbangan syarikat korporat, dan tidak pasti status sebenar perolehan sumber kewangan itu.

Menyelar kenyataan itu, Tian yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata Nazir sewajarnya memahami konteks perundangan Akta Penggubahan Wang Haram (AMLA) dengan mengambil kira kedudukannya.

“Kalau ikut undang-undang AMLA, Nazir sebagai CEO Bank sepatutnya sedar tindakan itu bertentangan dengan undang-undang, tetapi apacberlaku sebaliknya.

“Lebih memalukan, Najib pula tidak membuat sesuatu yang boleh dianggap bermaruah seperti mengambil cuti semasa siasatan, tetapi tetap pegang kuasa untuk tutup saluran siasatan,” katanya.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Tahniah Red Giants, Selangor cuti Isnin

Kerajaan Negeri mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bolasepak Selangor kerana berjaya menjuarai Piala Malaysia setelah kemarau selama 10 tahun. Misi pasukan bola sepak Selangor untuk memenangi Piala Malaysia bagi kali ke-33 akhirnya menjadi kenyataan.

Kedua-dua pasukan, Selangor dan Kedah telah mempamerkan permainan yang bermutu tinggi walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Kerajaan Negeri menghargai sokongan para penyokong pasukan Gergasi Merah dan Helang Merah yang telah membanjiri Stadium Shah Alam dengan penuh semangat kesukanan.

DYMM Sultan Selangor telah berkenan setelah saya mendapat nasihat daripada Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor untuk mengumumkan cuti peristiwa bagi Negeri Selangor pada hari Isnin, 14 Disember 2015.

Cuti umum ini juga bertujuan menzahirkan penghargaan Kerajaan Negeri kepada para penyokong pasukan Gergasi Merah dan seluruh rakyat Selangor yang telah mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak Negeri Selangor.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

Categories
SELANGOR

Capai Misi 33, Selangor umum cuti Isnin

SHAH ALAM, 13 DIS: Kerajaan Negeri mengumumkan cuti peristiwa pada 14 Disember ini (Isnin) sempena kemenangan Red Giants pada Piala Malaysia 2015, sekali gus menamatkan Misi 33, malam tadi.

3Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan cuti berkenaan selepas tamat perlawanan akhir itu dan kenyataan rasmi sudah dikeluarkan pejabat beliau.

Pengumuman itu nyata menggembirakan seluruh rakyat negeri itu selepas menyaksikan detik kejayaan pasukan Red Giants yang dinanti sejak sekian lama selepas kali terakhir memenangi Piala Malaysia pada 2005 menewaskan Perlis dengan jaringan 3-0.

Pasukan Red Giants berjaya merangkul kejuaraan kali ke-33 apabila menjuarai Piala Malaysia 2015 selepas menumpaskan Kedah yang berkeputusan 2-0 di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pelbagai faktor diambil kira, Selangor kekalkan cuti mingguan

NAZLI IBRAHIM

BANDAR TUN RAZAK 24 NOV: Selangor tidak berhasrat mengikuti langkah Kelantan, Kedah dan terbaru, Johor menjadikan Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti mingguan menggantikan Sabtu dan Ahad.

Hal ini dinyatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila ditanya sama ada mahu berbuat demikian.

khalid pc blue pc 01“Tidak. Kita tiada rancangan tukar cuti hari minggu,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Memorandum Bantahan Kenaikan Cukai
Taksiran Penduduk Bandar Tun Razak di tapak pasar pagi Jalan Jujur di sini, semalam.

Mengulas isu sama, Exco Agama, Sallehen Mukhyi dalam Majlis Prosiding Pengurusan Masjid di Auditorium Datuk Yahya Ahmad, SIRIM berkata, pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum meminda cuti mingguan.

“Bukan mudah, ia membabitkan banyak faktor seperti peluang membawa masuk pelaburan, adakah lebih menguntungkan atau beri kesan lain
kepada kerajaan negeri,” katanya.

Sebagai negeri paling hampir malah dianggap kembar kepada ibu negara dan pusat pentadbiran kerajaan pusat di Putra Jaya, Selangor dianggap nadi penting kepada aktiviti harian, ekonomi dan urusan rasmi.

Selangor walaupun tidak menjadikan Jumaat sebagai hari cuti tetapi konsisten berjaya memakmurkan masjid-masjid di Selangor sejak 2008.

Berbeza sebelum 2008, masjid di Selangor mengadakan pelbagai program ilmu dari awal pagi sehingga ke malam untuk pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat.

Ini diakui tokoh agama terkenal, Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz Ahmad Mustaffa Mohd Sidin; pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus; Duta Dakwah Saba Islamic Media Sdn Bhd, Shah Kirit Kakulal Govindji dan Yang Dipertua Persatuan Muslimah Malaysia (Salimah), Datin Aminah Zakaria.

Sebelum ini Kerajaan Johor meminda cuti rehatnya dari Sabtu dan Ahad kepada Jumaat dan Sabtu.