Categories
SELANGOR

Tourism: Perhebat promosi, tonjol kawasan warisan

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 22 APR : Tourism Selangor giat mempromosikan produk pelancongan warisan Selangor melalui inisiatif penambahbaikan kawasan warisan yang dilihat berpontensi untuk dibangunkan.

Pengurus Besarnya, Noorul Ashikin Mohd Din, berkata pihaknya bersama Kerajaan Negeri yakin destinasi Batu Arang dan Royal Klang Heritage Walk boleh dibangunkan secara konsisten untuk diangkat sebagai destinasi pelancongan warisan negeri.

Noorul Ashikin“Batu Arang adalah projek warisan awal yang sedang kita tumpukan untuk diangkat menjadi antara destinasi pelancongan warisan terpenting di Selangor.

“Satu lagi projek itu di Klang Heritage Walk yang telah kita mulakan projeknya sejak pelancaran Tahun Melawat Selangor, 2015 lagi,” katanya kepada SelangorKini di Dewan Annex, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam

Sebelum ini, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, Kerajaan Negeri konsisten menggalakkan industri pelancongan negeri.

Bagaimanapun Noorul Ashikin berkata pelbagai usaha perlu diberi perhatian semua pihak agar komitmen tersebut dapat dicapai demi pembangunan pelancongan negeri.

yb eli-web 5“Banyak kerja yang perlu kita teliti khususnya dari aspek komersial pembangunan pelancongan warisan ini.

“Kita harap projek berterusan ini menjadi kejayaan kepada Kerajaan Negeri untuk meningkatkan lagi imej-imej tempat-tempat warisan sebagai kawasan pelancongan warisan negeri selepas ini,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.