Categories
SELANGOR

Ziarah Haron Din, bersyukur ustaz makin sihat – MB

SHAH ALAM, 3 APR : Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali melapangkan masa menziarahi Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Institut jantung Negara (IJN), pagi tadi.

Menerusi twitternya, Mohamed Azmin berkongsi gambar bersama beserta ucapan mendoakan kesihatan Haron Din kembali pulih.

AZMIN HARON DIN“Alhamdulillah baru selesai menziarahi Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din di IJN. Ustaz semakin sihat dan riang berbicara,” tulisnya di twitter.

Haron Din dilaporkan semakin stabil tetapi masih menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU)IJN.

Minggu lalu Haron dimasukkan ke IJN selepas mengadu mengalami sakit dada.

Beliau sebelum ini pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat pada 2 April 2012.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.