Categories
SELANGOR

FAS akur Stadium Shah Alam belum bersedia

OLEH: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 APR: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) akur dengan keputusan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) mengklasifikasikan Stadium Shah Alam tidak sesuai digunakan untuk perlawanan Selangor menentang Kedah, 5 April ini.

Berikutan itu, perlawanan dalam saingan Liga Super itu dipindahkan ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Selayang, dekat sini.

Pengurus Selangor, Amirudin Shari, berkata pihaknya menerima keputusan FMLLP itu namun berharap pengurusan Stadium Shah Alam memberi perhatian berhubung perkara berkenaan.

yb amir markshort-web 7“Saya ingin melahirkan rasa kecewa terhadap pengurusan stadium di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta kontraktor dilantik kerana gagal menyiapkan kerja baikpulih sepertimana ditetapkan.

“Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana proses telah bermula penghujung Disember tahun lalu dan mengikut pemantauan sertan penjelasan diberikan, ianya boleh siap digunakan pada perlawanan 5 April ini.

“Malah, penerangan terakhir diberikan kepada saya awal minggu ini masih turut memberikan jaminan sama,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Selain isu rumput padang, Amirudin berkata, proses penambahbaikan pencahayaan Stadium Shah Alam dari 1,200 lux ke 2,000 lux juga masih diteruskan.

YB Amiruddin melawat Stadium Shah Alam (ASRI) (3)Katanya, mengambil kira risiko kecederaan pemain terutamanya, FAS bersetuju perlawanan itu dipindahkan ke venue dinyatakan, namun akan memastikan pengurusan stadium bertindak lebih efisien bagi menyiapkan padang mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Bagi pemegang pas bermusim FAS pada musim ini, saya memberi jaminan boleh digunakan di Stadium Selayang pada 5 April ini dan telah meminta Darul Ehsan Facilities Management serta FAS mengaturkan sebaik-baiknya.

“Saya memohon maaf kepada semua penyokong setia Selangor di atas kelewatan proses penambahbaikan Stadium Shah Alam dan akan memastikan ia akan diselesaikan segera,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.