Categories
NASIONAL

Ba’Kelalan kubu kuat KEADILAN, ‘pelaburan’ jutaan ringgit BN tidak menjadi

OLEH : NAEEM RAFFI

KUCHING, 7 MEI: DUN Ba’Kelalan disifatkan sebagai kubu kuat KEADILAN ekoran berjaya mematahkan cubaan Barisan Nasional (BN) yang berusaha keras merampasnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Calon Batu Lintang, See Chee How, berkata walapun kerusi disandang Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian itu dihimpit hebat BN dengan peruntukan jutaan ringgit, namun rakyat masih teguh mendokong KEADILAN.

See Chee How“Untuk PRN kali ini, DUN Ba’Kelalan membuktikan ia kubu kuat apabila kita mampu mempertahannya daripada dirampas BN,” katanya ketika ditemui SelangorKini di Dewan Masyarakat Jalan Padungan, di sini.

Baru Bian berjaya mengekalkan kerusi Ba’Kelalan apabila meraih 2,858 undi menewaskan calon BN, Willie Liau (2,320) dengan majoriti 538 undi.

Mengulas lanjut, Chee How berkata, kemenangan Baru Bian adalah ‘hadiah’ KEADILAN kepada BN khususnya Perdana Menteri dan ramai lagi menteri yang berusaha keras memastikan DUN itu berjaya dirampas kembali.

“Ternyata, Baru Bian membuktikan bahawa beliau mampu mengekalkan kerusinya walaupun jutaan ringgit dilaburkan BN untuk mengaburi pengundi di DUN itu,” katanya.

IMG_0740-300x209Sebelum ini, Baru Bian mendakwa ejen BN memasuki pedalaman kampung di DUN itu mengugut menarik biasiswa anak pengundi sekirannya tidak menyokong mereka.

Selain itu, Baru Bian juga dihimpit ‘taktik kotor’ BN apabila Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengumumkan peruntukan Kerajaan Persekutuan RM5.5 juta bagi membantu 110 buah gereja luar bandar dua hari sebelum menjelang PRN.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.