Categories
NASIONAL

Batu Lintang milik KEADILAN, kemenangan rakyat mahu perubahan

OLEH : NAEEM RAFFI

KUCHING, 7 MEI : Kemenangan KEADILAN di Batu Lintang adalah kemenangan rakyat yang mahukan perubahan, kata penyandang kerusi itu, See Chee How.

Menang dengan majoriti 4,385 undi, Chee How turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua terlibat mendokong usaha memartabatkan keadilan demi rakyat.

See Chee How“Kemenangan ini bukan untuk diri saya sahaja, bahkan ia adalah kemenangan rakyat yang mahukan perubahan atas nama keadilan.

“Ia juga adalah hasil kerja keras kita selama ini yang didokong semua rakan parti. Terima kasih kepada semua yang terlibat SPR, polis dan juga rakan media yang banyak melaporkan kempen di Batu Lintang,” katanya ketika ditemui SelangorKini di Dewan Masyarakat Jalan Padungan, di sini.

Calon KEADILAN, See Chee How meraih 10,758 undi sekaligus berjaya mengekalkan kerusi N11 Batu Lintang dengan menewaskan calon BN, Sih Hua Tong yang hanya meraih 6,373 undi dan calon Star, Soo Lina (331).

“Postmotem akan dilakukan bagaimana kita dapat perkemaskan lagi parti dalam memastikan keputusan yang lebih cemerlang untuk pilihanraya akan datang,” katanya.

CHEE HOWMengakui hasrat mengekalkan tiga kerusi KEADILAN di Sarawak bukan suatu yang mudah, Chee How turut menzahirkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada rakyat yang semakin percaya kepada kemampuan KEADILAN mengurus kebajikan mereka.

“Saya juga yakin dengan kemampuan calon KEADILAN di DUN lain walapun mereka tewas.

“Kesungguhan mereka berbakti dan membawa isu menjaga kebajikan rakyat sejak sekian lama wajar dipuji. Begitu juga kerja keras mereka sepanjang tempoh berkempen,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.