Categories
SELANGOR

Bantuan baja, Petani Sungai Besar hargai keprihatinan Kerajaan Negeri

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SABAK BERNAM, 15 MEI : Komitmen Kerajaan Negeri memacu pertumbuhan industri pertanian luar bandar dihargai petani di kawasan Parlimen Sungai Besar.

Bukan hanya gula-gula pilihan raya, inisiatif berterusan Kerajaan Negeri membantu golongan petani mendorong perkembangan positif hala tuju industri pertanian negeri.

PadiHaliji Ahmad, 59, berkata banyak perubahan dinikmati petani sejak 2008 selepas tampuk pentadbiran negeri di bawah Kerajaan Pakatan.

“Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan sekarang ini yang sentiasa peduli akan kebajikan golongan petani.

“Sejak 2008, kita menerima banyak insentif berterusan dan galakan daripada kerajaan untuk lebih aktif meningkatkan hasil tanaman padi.

“Alhamdulillah, semoga bantuan ini akan terus disalurkan pada masa-masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Noraishah Abu Semah, 34, menyarankan Kerajaan Negeri memfokuskan usaha kepada program jangka panjang membantu golongan petani muda.

Katanya, tanggapan negatif golongan muda terhadap aspek pertanian perlu diberi perhatian Kerajaan Negeri dalam usaha menggalakkan golongan muda menceburi bidang ini.

“Kita hargai sumbangan seperti ini. Namun lebih baik juga jika golongan muda diberi pendedahan secara menyeluruh tentang kelebihan menceburi bidang pertanian ini.

“Sekarang ramai anak muda lebih memilih untuk berhijrah ke bandar tanpa mengetahu bahawa bidang pertanian sememangnya boleh menjana pendapatan lebih lagi,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.