Categories
SELANGOR

500 petani Sungai Besar terima bantuan tingkat produktiviti

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SABAK BERNAM, 15 MEI : Seramai 500 petani di DUN Sungai Panjang menerima sumbangan baja dan racun perosak pada Majlis Penyerahan Bantuan Peningkatan Hasil Padi di Dewan Binjai Sungai Panjang.

Majlis dirasmikan Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sallehin Muhyi.

Petani BajaSumbangan ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri memastikan golongan petani luar bandar meningkatkan lagi produktiviti hasil pertanian mereka.

Zaidy dalam ucapan perasmiannya berkata menggalakkan lebih ramai petani menghasilkan pengeluaran penghasilan padi sehingga 10 metrik tan sehektar semusim.

“Masih terdapat juga petani yang hanya menghasilkan pengeluaran padi di bawah purata penghasilan padi Selangor di bawah 6.15 tan metrik untuk sehektar.

“Menyedari hakikat tersebut, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Selangor merangka program berkaitan untuk meningkatkan hasil padi,” katanya.

PadiBeliau berkata, antara program diberi tumpuan termasuklah Program Natural Farming atau pertanian lestari.

“Bantuan baja mikrob diberikan kepada petani merupakan antara elemen atau kaedah penghasilan padi yang lebih bersifat semula jadi ke arah melestarikan pertanian,” katanya.

Sementara itu, Sallehen berharap insentif dihulurkan Kerajaan Negeri ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya petani seluruh negeri untuk menambah pendapatan.

“Insentif ini supaya pertani lebih serius membangunkan aktiviti kerana kita akui wujudnya kekangan daripada sebahagian petani untuk mengeluarkan modal.

“Lebih-lebih lagi petani juga tidak terlepas dihimpit kos penggunaan pengeluaran hasil padi sebanyak 20 peratus ketika ini,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.