Categories
SELANGOR

Cup Prix: Selepas 4 pusingan, Selangor ungguli kategori wira

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 30 MEI: Selepas empat pusingan Kejuaraan Cub Prix Petronas AAM Malaysia 2016 dijalankan, pelumba Selangor, Md Shafiq Ezzariq meninggalkan jauh pencabar terdekatnya selepas berjaya mengutip mata penuh dengan menyapu bersih tempat pertama bagi kategori Wira.

Beliau yang kini mengutip 100 mata, menunggang jentera Honda bernombor 16 mewakili pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing meninggalkan seorang lagi pelumba dari Selangor, Md Helmi Azman yang kini mengumpul 53 mata keseluruhan.

Cub Prix get back in action on March 12 at Maeps SelangorMd Helmi Azman menunggang jentera Yamaha nombor 11 mewakili pasukan IUGB AFB Tech Racing.

Mengikuti rapat di tempat ketiga, pelumba Pulau Pinang, Md Qhuwarismi Md Nasir yang menunggang jentera Yamaha bernombor 12.

Beliau yang mewakili pasukan Weststar Motorsport kini mengumpul 47 mata keseluruhan, hanya enam mata di belakang Md Helmi.

Sebelum ini, empat pusingan Cup Prix Petronas Malaysia 2016 yang sudah dilangsungkan adalah di MAEPS Selangor; Batu Kawan, Pulau Pinang; Kangar, Perlis dan Pasir Mas, Kelantan.

Kejuaraan Cub Prix 2016 berehat panjang sebelum bersambung pada pusingan kelima di Teluk Intan, Perak pada 30 dan 31 Julai ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.