OLEH : NAEEM RAFFI
SHAH ALAM, 12 MEI : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi jenazah adiknya, Rehan Ibrahim di kediamannya di kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, pagi tadi.
Anwar dibawa dari Hospital Kuala Lumpur (KHL), selepas dimasukkan ke wad baru-baru ini selepas mengalami masalah tekanan darah.
Rehan atau lebih mesra dengan panggilan Mak Lang dilaporkan meninggal dunia malam tadi.
Jenazah dikebumikan kira-kira jam 12.10 tengahari.
“Sedih mengenangkan pemergian ramai orang tersayang, tanpa beliau dapat berada disisi, kerana terpaksa dipisahkan oleh tirai besi penjara,” kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga kakak ipar kepada Allahyarhamah Rehan.
Pada 5 April 2015, Anwar yang dipenjarakan diuji dengan berita kematian Ayahnya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.
Pada 12 Fenruari tahun sama, Anwar juga digemparkan dengan berita kematian Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, namun permohonannya untuk menziarahi jenazah Allahyarham Nik Aziz di Pulau Melaka, Kelantan tidak diluluskan.
“Kali pertama DSAI dipenjara beliau diuji dengan pemergian Ibunda beliau dan juga pemergian Ustaz Fadhil Noor,” kata Dr Wan Azizah menulis Facebooknya.
-nR-