Categories
SELANGOR

Empat beranak tanpa kediaman dibantu LZS

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 MEI: Kisah Mohd Mirzan Mohd Said bersama ibu dan dua adiknya yang menjadi viral selepas terpaksa menumpang di sebuah masjid di Ampang ekoran kekangan kewangan mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

LZS dalam paparan di Facebook, berkata keluarga terbabit dibantu melalui bantuan kecemasan dan sewa rumah.

image (1)“Bantuan kecemasan dihulurkan dan borang permohonan untuk bantuan rumah sewa diserah kepada keluarga berkenaan untuk dilengkapkan.

“Kami juga terpanggil membantu Mirzan melalui pemberian beg baru,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, kisah Mohd Mirzan yang terpaksa membawa beg plastik ke sekolah menjadi viral di laman sosial sehingga menarik perhatian masyarakat umum.

Kisah itu diviralkan gurunya yang kemudian tampil membantu dengan melaksanakan derma kilat.

Pada masa sama, LZS berkata, pihaknya akan membantu memindahkan keluarga berkenaan pada hari ini dan menangung kos sewa.

imageDifahamkan, Mirzan, 8, bersama ibunya Norfairuz Othman, 32, serta dua adiknya Azuan, 6 dan Siti Hajar, 1, pulang ke kampung ibu mereka di Johor.

Namun baru-baru ini, keluarga berkenaan kembali semula ke Selangor dan terpaksa tinggal di Masjid Ampang Hilir kerana tiada tempat tinggal.

Keluarga itu kemudian dikesan pihak masjid dan ditumpangkan sementara di rumah kakitangan dalam kawasan Masjid Al-Azim di Pandan Indah.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.