Categories
SELANGOR

Ganjaran ‘besar’ menanti skuad Semut Merah

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 10 MEI : Insentif istimewa diberikan kepada pasukan Semut Merah sekiranya berjaya menumpaskan Harimau Selatan, pada aksi akhir perlawanan Piala FA menentang Harimau Selatan, 14 Mei ini.

Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abd Jabar, berkata pihak pengurusan PKNS meluluskan sejumlah peruntukan bagi menghargai kejayaan pasukan itu.

PKNS_FC“Sudah tentu ada ganjaran dan Alhamdulillah pihak pengurusan meluluskan insentif yang akan diumumkan nanti.

‘Sekiranya tumpas, ada juga insentif tapi buat masa ini, perkara itu kita akan umumkan selepas perlawanan tamat,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra pasukan PKNS FC bersama peminat di SACC Mall, di sini, pada 8 Mei lalu.

Sebelum ini, percaturan strategi tepat dan komitmen tinggi pemain merupakan ramuan kejayaan PKNS FC melakar sejarah mara ke perlawanan akhir Piala FA tahun ini.

Pasukan Liga Perdana itu mempamerkan aksi membanggakan dengan mengalahkan Perak 2 – 1 di Stadium Perak, Ipoh, 30 April lalu seterusnya layak dengan agreget 4 – 3.

Kali pertama beraksi di pentas akhir, PKNS FC diyakini mampu memberi saingan terbaik selepas mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang kempen Piala FA berlangsung.

Pertembungan akhir PKNS FC dan Johor Darul Takzim diadakan di Stadium Shah Alam, 14 Mei ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.