Categories
SELANGOR

Paras air empangan catat peningkatan

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 MEI: Empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus sumber air ke Lembah Klang mencatatkan peningkatan.

Menurut laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), empangan itu kini berada di paras takungan 62.13 peratus berbanding 61.51 peratus minggu lalu.

Setakat jam 8 pagi tadi, Empangan Batu mencatatkan takungan 68.66 peratus, Semenyih (68.61 peratus) dan Langat (76.72 peratus).

Manakala empangan Tasik Subang mencatatkan takungan 82.84 peratus dan empangan Sungai Tinggi (75.76 peratus).

Selain itu, empangan Klang Gates pula mencatatkan 58.65 peratus dan Kolam Takungan Sungai Labu pula 43.93 peratus dicatatkan.

Rata-rata empangan terbabit konsisten dan meningkat sehingga satu hingga dua peratus.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.