Categories
NASIONAL

Helikopter hilang: Pencarian fokus di Sri Aman, Simunjan dan Betong

KUCHING 6 MEI: Fokus pencarian helikopter dipercayai hilang tertumpu di tiga daerah, iaitu Sri Aman, Simunjan dan Betong.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman, berkata pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada jam 8.20 malam tadi dan menggerakkan pasukan anggota ke beberapa kawasan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR).

ChtJsHJUYAEkgXy“Kita melancarkan pasukan mencari dan menyelamat untuk ke kawasan Sri Aman, Simunjan dan Betong,” katanya dalam sidang media malam tadi, lapor BERNAMA.

Lebih 100 anggota pasukan Polis Marin, Bomba, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam operasi SAR itu.

Beliau berkata, pasukan Polis Marin dan unit helicopter PDRM turut bergerak ke lokasi bagi meneruskan operasi pencarian pada jam 6 pagi ini.

Muhammad Sabtu juga menafikan dakwaan pihak tertentu yang mendakwa helikopter berkenaan ditemukan di Sri Aman.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada jam 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching, sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

Beliau berkata, cuaca dilaporkan hujan di kawasan Betong petang semalam.

Kronologi:(05 Mei 2016) –
Disediakan Oleh,
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak

1612:00 hrs – Helikopter penerbangan dari Stadium Spaoh ke Kuching membawa 5 penumpang.

1632:00 hrs – Terputus hubungan dengan Menara Kawalan DCA

2130:00 hrs – Bilik Gerakan Operasi Bomba diaktifkan sepenuhnya

2145:00 hrs – BBP Simunjan telah tiba di Daerah Sebuyau untuk membuat pemantauan dan melaporkan dari orang Awam bahawa tidak terlihat kelibat sebarang Helikopter di Kawasan tersebut

Chu7k1PUUAEDaJQ2215:00 hrs – PGO Sarawak menghubungi Menara Kawalan DCA dan dimaklumkan bahawa maklumat yang menyatakan bahawa Helikopter tersebut telah mendarat cemas di Sri Aman adalah tidak benar

2330:00 hrs – Mesyuarat penyelarasan SAR antara Agensi telah diadakan di IPK Kuching

(06 Mei 2016)

0015:00 hrs – Mesyuarat penyelarasan SAR Udara antara Agensi telah diadakan di DCA

0118:00 hrs – Ketua Zon 3 melapor berdasarkan maklumat Orang Awam yang terlihat Kerlipan lampu yang dipercayai Helikopter tersebut di Sungai Batang Lupar di seberang Kampung Skait,Lingga.Anggota bersama sebuah Bot dan sebuah Ambulan EMRS digerakkan ke lokasi

0226:00 hrs – Ketua Zon 2 memaklumkan bahawa Polis Sebuyau telah terlihat Helikopter rendah menuju ke Laut dari Pantai Sebuyau

Status Operasi :

Helikopter masih belum ditemui sehingga jam 0346:00 hrs (06 Mei 2016)
Perancangan Operasi (06 Mei 2016) :

0600:00 hrs – Operasi SAR akan dijalankan menggunakan Water Surface Searching di kawasan tumpuan iaitu di Pesisiran Sebuyau dan Triso serta sekitar Lingga

1000:00 hrs – Pemantauan Udara akan dijalankan oleh Helikopter MI-171 (Bomba) yang akan bergerak ke Lapangan Terbang Sibu dan seterusnya menerima arahan daripada DCA berkenaan dengan Air Searching.
EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.