Categories
SELANGOR

El Nino belum berakhir – Elizabeth

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 MEI: Hujan yang semakin kerap melanda di kebanyakan tempat termasuk Selangor tidak bermakna berakhirnya fenomena El Nino, kata Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong.

Sebaliknya, beliau berkata, taburan hujan yang banyak sejak kebelakangan ini hanya bersifat sementara apabila berlakunya peralihan monsun sebelum berubah menjadi monsun barat daya.

Elizabeth Wong Komen Khaled Nordin“El Nino belum berakhir, tetapi hanya peralihan monsun sejak akhir April. El Nino dijangka berlarutan hingga Jun. Ketika ini berlaku peralihan monsun yang hanya sementara sebelum tiba monsun barat daya.

“Bila peralihan monsun akan ada sedikit hujan dan kemudian akan menjadi monsun barat daya,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Katanya, peralihan monsun yang berlaku ketika ini sedikit sebanyak meredakan cuaca panas ekoran fenomena El Nino dan sekali gus memberi kesan positif terhadap risiko kebakaran hutan.

Bagaimanapun, Elizabeth berkata, angin monsun barat daya kurang membawa hujan dan menjadikan musim kering.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.