Categories
NASIONAL

Isu 1MDB: ‘Wrong business model’ tak boleh diterima

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 25 MEI: Isu membelenggu 1Malaysian Development Berhad (1MDB) perlu ditangani secara tegas dengan tindakan jitu supaya segala masalah dapat dirungkaikan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata jawapan diberikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Ghani, bahawa ia adalah ‘wrong business model’ tidak boleh diterima dan menjengkelkan.

“Kalau kita lihat apa dijawab beliau, maka isu 1MDB ini kecil sahaja. Ia atas sebab ‘wrong business model’ iaitu satu pendekatan untuk memulakan perniagaan berdasarkan pinjaman, maka apa berlaku menyebabkan ia berada dalam keadaannya sekarang.

khalid samad parlimen tie 01“Ini satu jawapan untuk mengelirukan rakyat dengan menggunakan pelbagai istilah,” katanya dalam sidang media, di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Pengarah Komunikasi AMANAH itu mengulas tindakannya yang bangun membantah jawapan diberikan Johari dalam sidang Dewan Rakyat itu.

Beliau berkata, hakikatnya 1MDB mendapat sokongan pemimpin utama negara dari awal dan diketahui tidak mempunyai apa-apa.

“Ia tidak mempunyai kekuatan mencukupi dan melakukan pinjaman yang akhirnya dijamin kerajaan. Ini satu tindakan tidak bertanggungjawab dengan niat jahat.

“Kita tidak boleh berpuas hati sekadar dengan pemansuhan badan penasihatnya tetapi tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang terbabit,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.