Categories
SELANGOR

Selangor berbesar hati dipilih tuan rumah kilang UMWT

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 MEI: Selangor berbesar hati menjadi tuan rumah kepada kilang membuat kereta terbaru UMW Toyota Motor (UMWT) di Klang yang dijangka mula beroperasi pada 2019 dengan pelaburan RM2 bilion.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Selangor akan terus menarik perhatian pelabur asing sekali gus berpotensi menjana lebih banyak peluang kerja berkemahiran di negeri ini.

mb markshort web 5“Walaupun suasana ekonomi mencabar, Selangor terus menarik perhatian pelabur asing yang sekali gus berpotensi menjana lebih banyak peluang kerja berkemahiran.

“Selangor berbesar hati menjadi tuan rumah kepada kilang membuat kereta terbaru UMW Toyota Motor di Klang yang dijangka mula beroperasi pada 2019 dengan pelaburan bernilai RM2 bilion,” katanya di Facebook.

Beliau berkata demikian mengulas pengumumam dibuat UMW Toyota Motor Sdn Bhd berkenaan pembinaan di Selangor, hari ini.

UMW Toyota mengesahkan rancangan untuk membina kilang baru di Malaysia di Bukit Raja Industrial Estate dengan kapasiti pengeluaran tahunan awal 50,000 unit setahun.

UMWT akan melabur RM2 bilion bagi projek terbabit termasuk kos tanah, pembinaan, peralatan dan jurutera sokongan dari Thailand dan Jepun sekali gus menjadikan pelaburan terbesar pernah dilaksanakan syarikat berkenaan.

UMW-ToyotaKerja-kerja kilang di Bukit Raja Industrial Estate, Klang akan bermula pada separuh kedua tahun 2016 dan dijangka siap awal 2019, kata Taysuro Takami, pegawai urusan Toyota Motor Corporation.

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor Akio Takeyama pula menjangkakan memulakan operasi pembuatan kereta penumpang termasuk model yang memenuhi kriteria Energy Efficient Vehicle awal 2019.

Kilang UMWT semasa di Shah Alam akan meneruskan operasinya walaupun sebahagian daripada barisan kereta penumpang semasa akan dipindahkan ke kilang baru.

Secara keseluruhan, UMWT akan mempunyai jumlah pengeluaran gabungan kira-kira 90,000 kepada 100,000 unit daripada kedua tumbuhan setiap tahun.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.