Categories
SELANGOR

Jenazah Asmuni dikebumikan di Sungai Burong

SUBANG, 8 MEI : Jenazah Asmuni Abdullah yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, pada 5 Mei lalu, tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang, di sini, pagi ini.

Allahyarham yang juga suami kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang turut terkorban dalam nahas itu adalah antara enam orang yang berada dalam pesawat malang terbabit.

SUBANG, 8 Mei -- Jenazah Allahyarham Mohd Asmuni Abdullah yang merupakan suami kepada Allahyarham Datuk Noriah Kasnon selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dengan menaiki pesawat C-130 TUDM awal pagi ini. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

Jenazah Allahyarham tiba pada jam 7.41 pagi dengan pesawat Charlie C130H melalui penerbangan ihsan dari Pangkalan Udara Kuching, yang berlepas, kira-kira jam 2 pagi tadi, lapor BERNAMA.

Sanak saudara dan sahabat handai yang berkumpul di perkarangan pangkalan udara berkenaan diselubungi perasaan sedih dan pilu.

Jenazah Asmuni kemudian dibawa ke Parit Dua, Sungai Burong di Tanjung Karang untuk pengebumian.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.