Categories
SELANGOR

Sambutan Perayaan Vaisakhi jadi acara tahunan erat perpaduan

OLEH : SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA, 8 MEI: Sambutan Perayaan Vaisakhi anjuran Kerajaan Selangor bakal menjadi acara tahunan bagi mengeratkan lagi sesama kaum di negeri itu disamping mempelajari keunikan budaya serta perayaan masyarakat Sikh.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau, berkata beliau yakin sambutan diraikan itu mengukuhkan perpaduan kaum kerana Kerajaan Negeri yakin sokongan padu diterima daripada masyarakat.

Perayaan Vaisakhi“Tahun lalu kita meluluskan peruntukan sebanyak RM44,000 di bawah peringkat jawatankuasa dan tahun ini peruntukan itu meningkat kepada RM54,000.

“Tahun ini juga kita membawa perkara itu dalam mesyuarat exco untuk memasukkan perayaan ini dalam kalender negeri dan menjadikan ia sebagai sambutan setiap tahun.

“Selain itu, persiapan pada tahun ini juga lebih baik berbanding tahun lalu dan sambutannya lebih meriah walaupun hujan lebat,” Katanya sewaktu Sambutan Hari Perayaan Vaisakhi 2016, di Padang Timur, Petaling Jaya, malam tadi.

Turut memberikan kerjasama dalam menganjurkan perayaan itu adalah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Selangor Sikh Association, Gurdwaras Council Selangor dan NGO Sikh Selangor.

Tambahnya lagi, Selangor Sikh Association juga ada membangkitkan isu tanah apabila perkara itu dibawa ke pejabat beliau dan ia masih dalam penelitian Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

“Sementara itu, isu tentang tapak Pembinaan rumah ibadat Gurdwara di Kalumpang, Kuala Kubu Bharu diluluskan dan kini proses sedang berjalan.

“Walaupun komuniti Punjabi kecil tetapi masyarakatnya dinamik dan aktif dalam melaksanakan sesuatu perkara,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu, Ahli Parlimen Puchong, Gonbind Singh.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.