Categories
NASIONAL

KEADILAN gesa tubuh Badan Pengurusan Sumber Air Nasional

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 MEI: KEADILAN menggesa Kerajaan Pusat menubuhkan Badan Pengurusan Sumber Air Nasional yang memberikan kuasa memelihara kawasan tadahan air dari kesan perladangan korporat dan pembalakan besar-besaran .

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata usaha jangka panjang itu juga perlu memperluaskan kapasiti empangan sedia ada.

Meeting Wan Azizah isu banjir di Kajang (7)“Catuan air seperti disarankan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Kerajaan Perak di kawasan empangan Kolam Bukit Merah diperluaskan ke seluruh negara.

“Oleh demikian, saya menyarankan agar tindakan segera diambil untuk meningkatkan pemantauan serta penguatkuasaan larangan aktiviti pembalakan sekitar kawasan tadahan air,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, paras air di 41 empangan serta penurunan paras air sungai dari negeri Kelantan, Kedah termasuk Sungai Pahang adalah petanda krisis kemarau besar bakal melanda negara dalam masa terdekat.

Beliau berkata, fenomena El-Nino hanya menjadi penyebab sampingan yang memang sudah diramalkan dan bukan menjadi alasan kegagalan negara mengurus sumber air dengan mengambil kira semua faktor penentu kekurangan sumber air yang dijangkakan.

PEMBALAKAN“Semalam, saya meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili untuk menyatakan langkah diambil bagi menangani krisis bekalan air secara menyeluruh melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Sarawak sekarang berikutan fenomena cuaca yang berubah menggambarkan kegagalan kerajaan mengurus dan membuat persediaan sewajarnya amat merunsingkan,” katanya.

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan mendedahkan bahawa negara gagal menubuhkan satu badan pengurusan sumber air kebangsaan semenjak 30 tahun dahulu dengan satu kertas cadangan baru sahaja dikemukan kepada kabinet.

Beliau juga mengaku bahawa tindakan manusia seperti pembalakan di kawasan tadahan air yang meluas bukan sahaja faktor perubahan cuaca menjadi punca kekurangan air.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.