Categories
NASIONAL

KEADILAN yakin kekal tiga kerusi, sasar menang lagi tiga – Xavier

OLEH : NAEEM RAFFI

KUCHING, 6 MEI : KEADILAN menzahirkan keyakinan parti itu mampu mengekalkan tiga kerusi sedia ada, malah menambah sekurang-kurangnya tiga lagi kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Naib Presidennya, Xavier Jayakumar berkata jika parti itu berjaya memenangi lebih daripada disasarkan, ia merupakan bonus kepada KEADILAN.

xavier-jayakumar“Keyakinan ini bersandarkan kepada sokongan kuat rakyat tempatan yang kami terima ketika sesi walkabout dijalankan.

“Semua itu bergantung kepada situasi. Jika pilihan raya dijalankan secara adil dan telus, tidak mustahil sasaran ini mampu dicapai,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, pagi tadi.

Bagaimanapun, Xavier berkata sasaran kerusi bakal dimenangi bukanlah isu utama, sebaliknya fokus KEADILAN menampilkan calon berwibawa untuk membawa suara rakyat.

Pada PRN kali ini, KEADILAN mempertaruhkan Paul Baya, seorang aktivis masyarakat yang gigih memperjuangkan nasib masyarakat setempat di kerusi N78 Mulu.

Manakala Peguam , Abun Sui Anyit mewakili banyak kes berkenaan Hak Adat Bumiputera (NCR) pula dicalonkan KEADILAN di kerusi baru N66 Murum.

Sementara itu, penerima Anugerah Khas Pengetua dan Guru Besar dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan 2010, Thomas Laja akan bertanding untuk merampas kerusi N49 Ngemah.

IMG_0504-300x206PRN kali ini juga menyaksikan enam wanita akan bertanding atas tiket KEADILAN.

Antara calonnya adalah N13 Batu Kitang, Voon Shiak Ni, seorang peguam yang telah menjalin hubungan baik dengan rakyat di kawasan tersebut sejak lebih 15 tahun lalu berdepan BN dalam pertandingan lima penjuru di kerusi baharu majoriti Cina, bersama-sama DAP dan dua calon Bebas.

Selain itu, Athina Klaywa Sim akan turun gelanggang bagi kerusi baharu, N18 Serembu sekaligus bakal menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita Bidayuh pertama jika memenangi PRN kali ini.

Pada 2011, KEADILAN memenangi dua kerusi luar bandar iaitu Ba’Kelalan melalui Baru dan Krian melalui Ali Biju, dan kerusi majoriti Cina, Batu Lintang dimenangi See Chee How.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.