Categories
NASIONAL

KEPUTUSAN #PRNSarawak : BN raih majoriti dua pertiga

KUCHING, 7 MEI : Barisan Nasional (BN) meraih majoriti dua pertiga sekaligus berjaya membentuk kerajaan negeri Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Keputusan rasmi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN memenangi 72 kerusi daripada 82 kerusi dipertandingkan.

Dua kerusi daripadanya iaitu DUN Bukit Kota dan Bukit Sari sudah dimenangi semasa penamaan calon pada 25 April lalu.

KEADILAN berjaya mempertahankan 3 kerusi miliknya sementara DAP berjaya memenangi 7 kerusi.

PAS dan AMANAH tewas di semua kerusi ditandingi mereka.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem terus kekal sebagai ADUN untuk penggal ke-10 setelah memenangi kerusi Tanjong Datu.

Seramai 1,085,087 pemilih berdaftar layak mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di 80 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.